21-May-2021
Tempat adalah terhad.
Buat masa ini, pihak sekolah hanya dapat mengambil 20 orang murid di asrama Banin dan 20 orang di Asrama Banat.
Murid asrama dijaga oleh warden.
- Aktiviti harian: Solat berjemaah, prep waktu malam (jam 8 -10 malam)
- Aktiviti bulanan: aktiviti luar seperti berbasikal, memanah, bermain bowling, berkayak dsb.
- Perkhidmatan dobi disediakan. Bayaran dikira ikut berat dan dicaj setiap bulan.
- Murid dibenarkan outing setiap hari Ahad selepas jam 10 pagi – 6 ptg dengan ibubapa/ waris yang telah dimaklumkan kepada pihak sekolah.
- Murid dibenarkan pulang bermalam (overnight) sekali sebulan (mengikut jadual yang ditetapkan)