Semenjak tahun 1997, SRI Integrasi Safinatun Najah telah memulakan operasi di Seksyen 9, Shah Alam. Kini telah berpindah ke bangunan baru di Seksyen 7, Shah Alam. Sekolah Rendah Islam Integrasi Safinatun Najah mendukung falsafah yang mengambil kira peringkat usia diantara 7-12 tahun. Peringkat usia ini merupakan tahun-tahun yang begitu subur untuk ditanam pelbagai benih ilmu pengetahuan. Para murid didedahkan dengan pendidikan yang bersifat kosmik, disamping mengekalkan keseimbangan yang digabung jalin dengan prinsip-prinsip serta nilai-nilai ugama yang padu. Kami amat menitikberatkan akhlak dan disiplin, pembelajaran di Safinatun Najah sentiasa dipantau dengan teori yang dipelajari agar diamalkan sebaik mungkin. Istimewanya di Safinatun Najah kelebihan dan kekurangan pelajar diberi perhatian agar yang maju tidak terpinggir sementara yang lemah terbela.
Waktu Persekolahan
ISNIN, KHAMIS & JUMAAT | : | 7.45 pagi - 3.30 petang |
SELASA | : | 7.45 pagi - 3 petang |
RABU | : | 7.45 pagi - 4.30 petang |
Bahasa Pengantar
Bahasa rasmi yang digunakan untuk pembelajaran, pertuturan dan program rasmi di sekolah adalah Bahasa Melayu.
Silibus Mata Pelajaran